Que Haidar dan Linda Jasmine selamat bernikah

Sunday, February 15, 2009




Dengan sekali lafaz, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar sah menjadi suami koreografer Linda Jasmine Murad Hashim.

Pasangan itu disatukan oleh jurunikah dari Kampung Melayu, Ampang, Abu Sapian Jasin pada pukul 5.50 petang di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Linda yang manis dalam busana putih rekaan Kirana menerima mas kahwin sebanyak RM1,101 dan senaskhah al-Quran sebagai hantaran.

"Saya bersyukur dengan pernikahan ini dan berdoa rumah tangga kami kekal selamanya," ujar Que selepas selamat diijabkabulkan di sini semalam.

Beza usia tujuh tahun di antara Que, 30, dan Linda, 37, tidak membataskan pasangan yang berkenalan pada Mei tahun lalu untuk membina mahligai bersama dan direstui semua pihak termasuk anak sulung Linda, Qalif Khan.

Pernikahan pasangan itu kemudian diraikan dalam resepsi yang dihadiri 400 tetamu di kalangan keluarga dan teman rapat.

Que dan Linda akan mengadakan majlis resepsi di kampung kelahiran Que di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pada 15 Mac ini.

1 Komen:

Ika said...

selamat pengantin baru, que dan linda! moga bahagia ke anak cucu

Post a Comment

 

ZONFINITI